Terkini

Video : Padah Asyik Dengan Telefon, Anak Lemas Dalam Kolam

GARA-gara sibuk bermain telefon bimbit, seorang ibu di China tidak sedar anak lelakinya yang berusia empat tahun sedang lemas hanya beberapa meter darinya dalam sebuah kolam.

Video : Padah Asyik Dengan Telefon, Anak Lemas Dalam Kolam

Kejadian malang yang berlaku di sebuah spa di Xiangyang City itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Menerusi rakaman itu, kanak-kanak berusia empat tahun itu dilihat sedang terkapai-kapai dalam air dan bergelut untuk menyelamatkan dirinya, manakala ibunya masih lagi leka bermain telefon selular.

Bagaimanapun, setelah selesai bermain gajet pintar tersebut, wanita itu dilihat tercari-cari seseorang dipercayai anaknya sebelum beredar.

Dek kerana tidak nampak kelibat anaknya, wanita berkenaan meminta bantuan staf spa berkena mencari anaknya.

Setelah 30 minit usaha pencarian, anaknya akhirnya ditemui namun sudah tidak sedarkan diri.


Pihak berkuasa yang tiba ke kawasan itu kemudian mengesahkan kanak-kanak malang itu mati di tempat kejadian.

Menurut laporan polis, kanak-kanak itu lemas pada kedalaman tiga kaki tujuh inci.

Spa berkenaan juga diarahkan ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada penyiasatan.

– MetroUk/MYNEWSHUB.CC




No comments