Setahun Hilang Di Mekah, Akhirnya Nor Azimah Pulang Ke Pangkuan Keluarga
KUALA LUMPUR – “Saya tidak pasti apa yang berlaku kepada dia selama setahun lebih menghilang di Madinah.
“Dia tidak banyak berbicara ketika saya mengambil dia di KLIA,” kata Ibrahim Abdul Rahman ketika bercakap mengenai kepulangan anaknya Nor Azimah, 32, ke tanah air semalam.
Ibrahim berkata buat masa ini Azimah memerlukan masa untuk bertenang sebelum menceritakan kejadian sebenar selama menghilang di Madinah.
“Saya mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana Azimah selamat pulang ke tanah air,” kata Ibrahim, 55.
Nor Azimah, dilaporkan hilang di Madinah, Arab Saudi pada 19 Dis 2015 ketika mengerjakan umrah bersama bapa dan ibunya.
Ibrahim berkata dia hanya mengetahui kepulangan dan ketibaan anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui WhatApps rakannya pada 3 petang semalam.
“Sejurus selepas itu, saya terus ke KLIA mengambil Azimah. Dia berada dalam keadaan sihat tetapi stres,” kata Ibrahim ketika dihubungi Bernama di rumahnya di Shah Alam.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Konsul Malaysia di Jeddah dan pihak keselamatan Arab Saudi kerana berusaha mencari anaknya.
“Terima kasih kepada semua yang pihak yang terlibat menguruskan perjalanan anak saya dari Madinah ke Malaysia,” katanya.
Nor Azimah tiba di KLIA pada kira-kira 12 tengah hari tadi menaiki pesawat MAS dari Jeddah.
Kepulangan Nor Azimah disahkan oleh Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohamad Ali Selamat yang berkata Nor Azimah ditemui pada 13 Disember.
Pihak berkuasa Arab Saudi kemudian menghubungi Pejabat Konsul Jeneral. – BERNAMA

No comments
Post a Comment