Video : Bapa Sanggup Jual Anak Untuk Penuhi Permintaan Isteri
Seorang bapa sanggup menjual bayi lelakinya supaya dapat membeli kereta seperti yang dipinta oleh isterinya.
Menurut Dailymail, lelaki berkenaan mahu menceraikan isterinya itu - namun si isteri meletakkan syarat supaya si suami itu membeli sebuah kereta untuk persetujuan perceraian.
Tindakan si suami menjual anak itu terakam oleh sebuah kamera yang memperlihatkan dia memegang anak lelakinya yang berusia lima bulan di sebuah jalan di bandar Linyi timur China semasa menunggu pembeli, lapor Huaqiu menerusi People's Online.
Polis telah menahan lelaki terbabit yang bersetuju untuk menjual anaknya itu dengan harga 80,000 yuan (RM 50,000) kepada individu yang baru dikenalinya menerusi internet.
Menerusi video yang dimuat naik oleh iqilu.com, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zhang kelihatan agak gugup ketika menunggu seorang pembeli selama 10 minit.
Anak lelakinya pula dilihat mula menangis dan tidak dipakaikan yang tebal biarpun cuaca ketika itu agak sejuk.
Pegawai polis yang terserempak dengan Zhang kemudian menahan lelaki berkenaan kerana kelihatan mencurigakan.
Selepas disiasat, Zhang mengaku dia meletakkan anaknya (di internet) untuk dijual.
Seorang pembeli sanggup membayar dari 70,000 yuan ke 80,000 yuan untuk anaknya itu dan berkata akan berurusan jual beli di jalan itu pada hari tersebut.
Zhang juga turut memberitahu polis bahawa dia mahu mencertaikan isterinya. Isterinya berkata dia akan bersetuju jika Zhang membelikannya sebuah kereta. Disebabkan itu, Zhang bercadang untuk menjual bayinya untuk membeli kereta.
Zhang berkata dia juga berharap agar dapat mencari sebuah 'rumah yang bagus' untuk anaknya sebelum bercerai.
"Sangat sukar untuk bercerai bila kamu ada anak", kata Zhang.
Kini, Zhang telah ditahan kerana penyeludupan manusia. Kes itu kini masih lagi dalam siasatan polis.
Sumber: Dailymail
Menurut Dailymail, lelaki berkenaan mahu menceraikan isterinya itu - namun si isteri meletakkan syarat supaya si suami itu membeli sebuah kereta untuk persetujuan perceraian.
Tindakan si suami menjual anak itu terakam oleh sebuah kamera yang memperlihatkan dia memegang anak lelakinya yang berusia lima bulan di sebuah jalan di bandar Linyi timur China semasa menunggu pembeli, lapor Huaqiu menerusi People's Online.
Menerusi video yang dimuat naik oleh iqilu.com, lelaki terbabit yang dikenali sebagai Zhang kelihatan agak gugup ketika menunggu seorang pembeli selama 10 minit.
Anak lelakinya pula dilihat mula menangis dan tidak dipakaikan yang tebal biarpun cuaca ketika itu agak sejuk.
Pegawai polis yang terserempak dengan Zhang kemudian menahan lelaki berkenaan kerana kelihatan mencurigakan.
Selepas disiasat, Zhang mengaku dia meletakkan anaknya (di internet) untuk dijual.
Seorang pembeli sanggup membayar dari 70,000 yuan ke 80,000 yuan untuk anaknya itu dan berkata akan berurusan jual beli di jalan itu pada hari tersebut.
Zhang juga turut memberitahu polis bahawa dia mahu mencertaikan isterinya. Isterinya berkata dia akan bersetuju jika Zhang membelikannya sebuah kereta. Disebabkan itu, Zhang bercadang untuk menjual bayinya untuk membeli kereta.
Zhang berkata dia juga berharap agar dapat mencari sebuah 'rumah yang bagus' untuk anaknya sebelum bercerai.
"Sangat sukar untuk bercerai bila kamu ada anak", kata Zhang.
Kini, Zhang telah ditahan kerana penyeludupan manusia. Kes itu kini masih lagi dalam siasatan polis.
Sumber: Dailymail
No comments
Post a Comment