Video : Wanita Lalui Sangat Ngeri Terperangkap Bawah Keretapi
NEW DELHI - Seorang wanita di India menempuh tempoh tiga minit paling menakutkan dalam hidupnya baru-baru ini apabila terpaksa berbaring di atas landasan kereta api untuk mengelak dirinya digilis.
Lebih mencemaskan, mangsa yang dikenali sebagai Reeta mengharungi detik-detik ngeri itu bersama anak perempuannya di Madhya Pradesh.
Kejadian berkenaan bermula apabila Reeta dan anaknya terkandas antara dua gerabak kereta api barang yang tidak bergerak ketika melintas landasan tersebut.
Disebabkan menunggu terlalu lama, Reeta mengambil keputusan untuk merangkak masuk bahagian bawah kereta api dengan harapan dapat melintas lebih cepat.
Namun sebaik berada di bawah kereta api berkenaan, kenderaan itu mula bergerak menyebabkan Reeta panik tetapi dia sempat menolak anaknya keluar dari landasan.
Dia sendiri tidak sempat untuk keluar tetapi mengambil langkah berbaring di landasan sambil menunggu kereta api sepanjang 38 gerabak tersebut melewatinya.
Kejadian cemas itu sempat dirakamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di situ dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Reeta selain membiarkan kereta api berkenaan berlalu pergi.
Selepas tiga minit, Reeta akhirnya dapat keluar dari landasan sambil dibantu oleh orang ramai dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Walapun terselamat dan dipuji oleh orang ramai atas semangatnya, Reeta dilihat menggigil seluruh tubuh dan tidak henti-henti menangis sambil memeluk anak perempuannya.
Sumber berita: Mail Online
Lebih mencemaskan, mangsa yang dikenali sebagai Reeta mengharungi detik-detik ngeri itu bersama anak perempuannya di Madhya Pradesh.
Kejadian berkenaan bermula apabila Reeta dan anaknya terkandas antara dua gerabak kereta api barang yang tidak bergerak ketika melintas landasan tersebut.
Namun sebaik berada di bawah kereta api berkenaan, kenderaan itu mula bergerak menyebabkan Reeta panik tetapi dia sempat menolak anaknya keluar dari landasan.
Dia sendiri tidak sempat untuk keluar tetapi mengambil langkah berbaring di landasan sambil menunggu kereta api sepanjang 38 gerabak tersebut melewatinya.
Kejadian cemas itu sempat dirakamkan oleh orang awam yang kebetulan berada di situ dan mereka tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan Reeta selain membiarkan kereta api berkenaan berlalu pergi.
Selepas tiga minit, Reeta akhirnya dapat keluar dari landasan sambil dibantu oleh orang ramai dan dia tidak mengalami sebarang kecederaan.
Walapun terselamat dan dipuji oleh orang ramai atas semangatnya, Reeta dilihat menggigil seluruh tubuh dan tidak henti-henti menangis sambil memeluk anak perempuannya.
Sumber berita: Mail Online
No comments
Post a Comment