Terkini

Lawak Perempuan Ni..Dek Kerana Terlalu Obses Nak Muka Cantik

KERANA mahu cantik, seorang wanita langsung tidak mempedulikan orang ramai sebaliknya dia dengan selamba memakai masker (topeng wajah untuk kecantikan) ketika menaiki kereta api untuk ke tempat kerja.

Lawak Perempuan Ni..Dek Kerana Terlalu Obses Nak Muka Cantik
Joey memakai masker berwarna hitam hari ketika keluar bekerja

Wanita itu yang dikenali sebagai Joey memakai masker berwarna hitam itu setiap pagi ketika mahu ke tempat kerja di Ningbo, timur China.

Imejnya itu telah dirakamkan dan menjadi viral di seluruh China.

Menurut Joey, dia memakai masker itu sebelum masuk ke pejabatnya kerana dia tidak mempunyai masa yang cukup pada waktu malam untuk membelai dan memanjakan diri sendiri.

Memandangkan dia akan berkahwin tidak lama lagi, maka Joey terpaksa bekerja lebih masa dan pulang lewat ke rumah.

Lawak Perempuan Ni..Dek Kerana Terlalu Obses Nak Muka Cantik

Dia juga mahu kelihatan cantik pada hari perkahwinannya kelak.

Meskipun ketika menaiki kereta api dia menjadi objek renungan ramai dan ramai yang mengumpatnya, namun Joey tidak kisah malah langsung tidak mempedulikan kata-kata berkenaan.

Tindakannya itu disifatkan sebagai satu keberanian dan mendapat pujian ramai. – MYNEWSHUB.CC

No comments