Terkini

VIDEO : Semangat Adik Ni, Siap Pegang Besi Halau Penguatkuasa Nak Roboh Gerai Mak Dia

BEIJING - Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan tiga hingga lima tahun, bertindak berani apabila mengacukan batang besi paip kepada anggota penguat kuasa kerana cuba menutup gerai yang dibina secara haram oleh keluarganya di sebuah bandar di China.

VIDEO : Saksikan Gelagat Dikecil Yang Pertahankan Gerai Ibunya Dari Diroboh Pihak Berkuasa

Portal Mail Online menyiarkan video lucu kejadian yang memaparkan budak tersebut mengacah-acah objek itu terhadap dua orang pegawai yang memakai uniform.

Walaupun seorang daripada pegawai itu berundur, kanak-kanak yang memakai baju-T putih dan seluar pendek biru itu terus menjerit-jerit, dipercayai terlalu marah.

Kanak-kanak yang bagaimanapun tidak dinyatakan umurnya itu kemudian bertindak melemparkan besi paip tersebut ke jalan sebelum mendengus sebagai tanda masih marah dengan situasi berkenaan.

Budak itu kemudian didekati seorang pegawai yang cuba menenangkannya dengan membawa dia duduk di sebuah sofa ungu berdekatan.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu bertindak luar dugaan apabila menampar lengan pegawai terbabit tanda tidak berpuas hati sebelum seorang lelaki lain berjaya menenangkan budak perengus itu dengan menepuk-nepuk belakangnya.

Gelagat budak itu menyebabkan orang ramai yang berada di tempat kejadian ketawa melihat telatah­nya.


Rata-rata pengguna yang me­nyaksikan video yang dimuat naik ke internet itu mengagumi keberanian kanak-kanak tersebut yang tidak gentar berdepan pihak berkuasa.

Seorang pengguna berkata, tindakan kanak-kanak itu perlu dipuji kerana berani mempertahankan ibunya, manakala pengguna lain pula berpendapat, dia sepatutnya menggantikan bapanya selaku ke­tua keluarga.

Bagaimanapun, ada juga dalam kalangan pengguna internet yang tidak senang dengan perlakuan kanak-kanak tersebut.

“Mungkin video ini nampak kelakar atau comel ketika ini. Tapi, kamu perlu tahu, apabila budak ini besar nanti, dia mungkin akan bersikap ganas terhadap jiran-jirannya pula,” kata seorang pengguna lain.

Seorang lagi pengguna secara sinis pula berkata, dia tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terjadi kepada kanak-kanak itu apabila membesar kelak kerana keluarganya telah mengajar cara terbaik untuk menangani sebarang konflik.

UtusanOnline

No comments