Terkini

VIDEO : Padah, Anak Kena Langgar Bila Mak Sibuk Main Telefon

Ia merupakan satu kemalangan tragis apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun telah dilanggar oleh sebuah kereta ketika ibunya sibuk dengan telefon bimbitnya.

VIDEO : Padah, Anak Kena Langgar Bila Mak Sibuk Main Telefon


Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Han Han berada bersama ibunya di bandar Lu’an di timur China ketika kejadian mengejutkan itu berlaku.

Kemalangan tragik itu telah dirakamkan oleh kamera CCTV yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak itu berjalan menuju ke jalan ketika ibunya sibuk dengan telefon bimbitnya.


Tanpa diduga sebuah kereta yang melalui jalan itu telah melanggar kanak-kanak berkenaan. Dia dibawa ke hospital namun kecederaan yang dialami adalah parah.

Tragedi itu telah mencetuskan perdebatan hangat di China dengan ramai yang menyalahkan wanita berkenaan. Kes itu kini disiasat oleh polis.

No comments