Terkini

Tetak Anggota Polis : Orang Cheras Ada Nampak John Rambo?

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang suspek dikenali sebagai John Rambo berumur 40-an yang disyaki menetak anggota polis dalam kejadian di Jalan Kuari, Cheras.

Tetak Anggota Polis : Orang Cheras Ada Nampak John Rambo?
Salah seorang anggota polis yang cedera akibat ditetak suspek. - Foto sumber PDRM

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad memberitahu seorang lagi rakan suspek, Tajul Rosli Lahaman, 39, ditahan kira-kira 9.30 pagi Sabtu ketika bersembunyi di kawasan perkuburan berhampiran tempat kejadian.

Dalam kejadian 6 petang Jumaat, dua anggota polis, Koperal Muztaza Nizan Minhaj serta Konstabel Danny Sia Siaw Kian diserang ketika melakukan pemeriksaan di kawasan perkuburan yang disyaki menjadi lokasi menghisap dan mengedar dadah.

Sebaik tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati pintu stor berkunci selain mengesan dua lelaki berada dalam stor berkenaan sebelum mengarahkan suspek membuka pintu, tetapi mereka enggan menurut arahan.

Tetak Anggota Polis : Orang Cheras Ada Nampak John Rambo?
John Rambo kini diburu polis berkaitan kes anggota polis ditetak di Cheras. - Foto PDRM
Dua suspek meluru keluar secara tiba-tiba sambil menghayun dan melibas parang sehingga terkena dua anggota berpangkat Konstabel dan Koperal, sebelum melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

Dua anggota terbabit dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

AstroAwani

No comments