Terkini

VIDEO : Gelagat Lelaki Gila Talak "Bergayut" Pada Kereta Isteri Gara-gara...

GARA-GARA melafazkan talak secara tidak sengaja kepada isterinya, seorang lelaki menyesal tak sudah apabila bertindak nekad dengan ‘bergayut’ di kenderaan yang dipandu oleh seorang wanita dipercayai isterinya, dengan harapan agar wanita itu menerimanya kembali.

VIDEO : Gelagat Lelaki Gila Talak "Bergayut" Pada Kerete Isteri Gara-gara...

Menerusi rakaman video yang kini mendapat jumlah perkongsian melebihi 6,000 di media sosial, lelaki berusia 20-an itu dilihat sanggup memanjat kereta yang masih bergerak dan enggan turun walaupun pemandu berulang kali menyuruh berbuat demikian.

Turut jelas kedengaran lelaki tersebut merayu pemandu agar keluar sambil mengetuk kereta.

Selang beberapa minit, penduduk sekitar mula campur tangan dan minta lelaki terbabit turun yang mana membuatkan dia seakan memberitahu “ini urusan rumah tangga”.

Sementara itu, netizen yang menonton rakaman video ‘suami bergayut’ ini turut melahirkan rasa simpati kepada kedua-dua pihak yan mana rata-ratanya menyalahkan tindakan si suami yang dikatakan gila talak.

“Watch out every single words yang keluar dari mulut…pengajaran ye macam ni rupenye gile talak,” tulis Mis Bie Ballerina .


“Pendek kate kerana MULUT lelaki nie dia gile talak. Dan kerana MULUT perempuan tu mencarut ramai kecam. So kt sini. Jaga mulut. Telajak kereta kau bole jalan, reverse, jalan, reverse macam dalam video nie tapi kalau dah telajak kata? Lu pikior lah,” kata Nur Amira.

Apa-apa pun, talak memang mudah dijatuhkan, namun kesan dan bahana selepas ia diungkapkan kadang kala tidak tersangka malah oleh ‘pelontar’ talak itu sendiri.

Sehingga sekarang masih tiada lagi kisah lanjutan kes ini yang mana kami harapkan ianya sudah diselesaikan dengan baik.-MNH

No comments