Terkini

VIDEO : Fuhh!!..Gadai Nyawa Untuk Nyalakan Sebatang Rokok

ISLAMABAD - Seorang lelaki di Pakistan menunjukkan kehebatannya mengguna senapang AK-47 dengan menyalakan rokok rakannya dengan melepaskan tembakan dari jarak jauh menggunakan senapang itu.

VIDEO : Fuhh!!..Gadai Nyawa Untuk Nyalakan Sebatang Rokok

Lapor portal Dailymail, aksi mendebarkan itu dirakam menerusi rakaman video yang mana memaparkan penembak itu mengambil kedudukan beberapa ratus meter dari rakannya yang meletakkan sebatang rokok di mulut untuk dinyalakan.

Selepas itu, dilihat lelaki itu secara tenang sahaja melepaskan tembakan tepat untuk menyalakan rokok tersebut.


Lokasi tepat video itu diambil tidak diketahui namun ia dipercayai berlaku di kawasan pergunungan Pakistan berdasarkan pakaian tradisional yang dipakai oleh kedua-dua lelaki terbabit.

Penembak itu juga dipercayai pernah mengikuti latihan ketenteraan kerana mampu menembak sasaran sekecil itu menggunakan senjata automatik. - SK

No comments