Terkini

Video: Bengang Je Netizen Dengan Pemandu Teksi ‘Racer’ Di Lebuh Raya Johor

GELAGAT seorang pemandu teksi yang mempamerkan aksi berbahaya di sebatang lebuh raya menjadi perkongsian yang viral menerusi laman sosial pada masa ini.

Video: Pemandu Teksi ‘Racer’ Di Lebuh Raya Johor

Menurut maklumat yang dikongi oleh pemuat naik, kejadian dramatik itu dikatakan berlaku di Lebuhraya Tebrau Empat menuju ke Jalan Dato’ Onn, di Kota Tinggi, Johor.

Menerusi video yang berdurasi 1 minit 27 saat itu, pemandu teksi tersebut dilihat secara tiba-tiba memecut laju keretanya dengan gaya ala pemandu litar lumba litar profesional.

Tidak diketahui tarikh kejadian, aksi yang ditonjolkan itu bukan sahaja boleh membahayakan pemandu lain, malah secara tidak langsung turut memberikan imej buruk kepada pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Menurut pengguna facebok Shafiqah Amin, dia memberitahu situasi yang sama juga pernah terjadi kepadanya yang mana mungkin dirasakan adalah pemandu berkenaan.

“Tak tahu lah teksi yang sama atau tidak. Pernah kena cucuk juga dengan driver teksi yang bawak laju macam ni. Kawasan yang sama Hampir juga lah accident. Masa tu pukul 7 malam time time orang balik kerja,” tulisnya.


Perkara tersebut turut disahkan oleh seorang lagi netizen yang memberitahu pernah terserempak dengan kenderaan terbabit di kawasan berkenaan.

“Aku ada jumpa hari tu teksi yang sama nombor plat, tak ingat cara drive yang sama… tapi kosong kalau ada penumpang mungkin elok kot dia bawa,” Kata Shafiz Airin.

Bagaimanapun, gaya pemanduan bahaya yang turut dipamerkan perakam, turut menerima kecaman akibat memandu secara berbahaya.

“Yang dikejarnya teksi tu buat ape? Hang lagu, teksi pun laju, dua-dua sama je la” tulis Wak Migi menyindir perakam video tersebut.

Difahamkan, laporan polis sudah dibuat dan pemandu itu kini sedang dicari untuk siasatan lanjut. -MYNEWSHUB.CC

No comments