Terkini

VIDEO : Lelaki Buka Seluar Dalam Kekasihnya Tengah Khalayak

BANYAK cara yang mungkin boleh dilakukan untuk memberi pengajaran kepada pasangan yang curang, namun seorang lelaki di China memilih untuk bertindak kurang sopan dengan menarik seluar dalam teman wanitanya di khalayak ramai selepas mengesyaki wanita itu berlaku curang.

VIDEO : Lelaki Buka Seluar Dalam Kekasihnya Tengah Khalayak

Perbuatan lelaki itu, yang tidak didedahkan identitinya dilakukan di hadapan sebuah restoran makanan segera, McDonald's turut disaksikan orang ramai yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Menerusi klip video yang dipercayai dirakam oleh orang ramai yang menyaksikan adegan keterlaluan itu, lelaki berkenaan kelihatan bersungguh-sungguh menarik seluar dalam merah kekasihnya itu gara-gara menuduh teman wanitanya curang.

Dia yang berada dalam keadaan terbaring di atas lantai bagaimanapun tidak menghiraukan jeritan kekasihnya yang dilihat sedaya upaya menghalang daripada terus melakukan tindakan memalukan itu.


Lelaki itu turut dipukul dan dilempar kata-kata kesat, namun itu tidak menghalangnya untuk terus menarik seluar dalam teman wanitanya.

Bagaimanapun, Mail Online melaporkan rata-rata pengguna media sosial negara itu mengecam tindakan orang ramai yang hanya melihat kejadian tersebut tanpa membantu wanita berkenaan.

“Malangnya tiada siapa yang membantu wanita berkenaan tetapi mereka tidak melepaskan peluang untuk merakam adegan terbabit,” sindir seorang pengguna media sosial.

“Musim ‘mengawan’,” tambah seorang lagi berseloroh.

No comments