Terkini

Pengemis Raih Pendapatan RM280,000 Sebulan

Dubai: Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga Dh270,000 (RM286,000) sebulan dengan mengemis.

Pengemis Raih Pendapatan RM280,000 Sebulan

Dalam satu kenyataan, Ketua Bahagian Pasaran majlis berkenaan, Faisal Al Badiawi, berkata, lelaki itu ditahan baru-baru ini dalam kempen membasmi pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Seramai 59 pengemis profesional ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama polis.

“Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya, seorang daripada mereka ditahan bersama-sama wang berjumlah lebih Dh270,000, hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

“Mengikut pengiraan kami, dia memperolehi hampir Dh,9,000 (RM9,500) sehari atau Dh1,500 (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.

Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal.

Katanya, kempen itu akan dilancarkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika Ramadan bagi membersihkan imej negara itu. - Agensi/SinarHarian

No comments