Terkini

Saya Bukan Suami Orang, Hanya Farah Yang Tahu RAHSIA Perkahwinan DiBatalkan

Bekas calon suami kepada Fara Fauzana, Mohamed Hafiz Badiuzzaman menafikan dakwaan bahawa dirinya adalah suami orang sehingga dikatakan menjadi punca pembatalan perkahwinannya dengan penyampai radio terkenal itu.

Saya Bukan Suami Orang, Hanya Farah Yang Tahu RAHSIA Perkahwinan DiBatalkan

Hafiz dalam satu kenyataan hari ini berkata dia tidak pernah menyembunyikan statusnya daripada Fara seperti dilapor sebuah akhbar baru-baru ini.

“Di sini perkara sebenar yang ingin dijelaskan adalah saya tidak pernah berkahwin dengan sesiapa pun sebelum ini.

“Kedua, saya tidak pernah merahsiakan status perkahwinan daripada pengetahuan Fara Fauzana.

“Dan ketiga, status perkahwinan saya tidak menjadi punca majlis perkahwinan itu dibatalkan


“Sebab mengapa perkahwinan itu dibatalkan hanya Fara yang tahu,” tulisnya menerusi aplikasi WhatsApp yang diterima hari ini lapor Malaysiakini.

Hafiz sementara itu turut menyangkal laporan tidak tepat mengenai dirinya seperti yang disebarkan di media sosial.

“Saya tidak menghadiri sidang media yang pernah diadakan sebelum ini di atas persetujuan bersama Fara. Ia bagi menjaga reputasi nama dan keluarga saya.

“Umur saya bukanlah 38 tahun sebaliknya saya baru saja mencecah 30 tahun ini dan banyak lagi yang tidak benar tetapi tidak akan dinyatakan di sini,” katanya.

Malaysiakini pada 4 September lalu melaporkan Fara mengumumkan pembatalan perkahwinan yang bakal berlangsung dalam tempoh 13 hari.

Fara bagaimanapun mengelak untuk mendedahkan alasan membatalkan majlis perkahwinan itu, sebaliknya mengatakan keputusan itu dibuat atas sebab-sebab “terlalu peribadi”.

Hafiz berkata keputusan Fara menjejaskan nama dan reputasinya dalam perniagaan, malah mendakwa beliau dan keluarganya menerima tekanan emosi akibat tindakan tersebut.

Sehubungan itu, Hafiz berharap tiada lagi spekulasi tidak benar mengenai dirinya selain meminta diberi ruang untuk meredakan keadaan.

“Saya juga terkesan dengan pembatalan perkahwinan dan berharap diberi ruang untuk memulihkan diri.

“Ketika ujian ini diberi, kami diingatkan hanya Allah yang tahu mengenai hikmahnya. Semoga Dia memberikan kekuatan kepada saya dan keluarga selain mengurniakan kesabaran dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

No comments