Terkini

Baca Surat Terbuka Budak 6 Tahun Kepada Obama

NEW YORK - Sepucuk surat seorang kanak-kanak lelaki Amerika Syarikat (AS) berusia enam tahun kepada Presiden Barack Obama, menawarkan tempat dalam keluarganya kepada budak lelaki Syria yang menjadi pelarian, kini menjadi viral di media sosial.

Baca Surat Terbuka Budak 6 Tahun Kepada Obama

Alex, dari ibu kota ini menulis surat itu selepas melihat gambar kanak-kanak Syria, Omran Daqneesh yang berlumuran darah, mencetuskan perasaan berang di seluruh dunia atas nasibnya.

Obama berkata, surat itu adalah daripada seorang kanak-kanak "yang tidak belajar untuk menjadi sinis atau curiga atau takut."

Video itu kini dikongsi lebih 60,000 kali di Facebook.


"Ke hadapan Presiden Obama, masih ingatkah kanak-kanak lelaki yang dirawat ambulans di Syria?" tulis Alex dalam sepucuk surat diterbitkan oleh Rumah Putih. "Bolehkah anda selamatkan budak lelaki itu dan membawanya ke rumah kami... kami akan menunggu anda bersama bendera, bunga dan belon. Kami akan memberinya sebuah keluarga dan beliau akan menjadi saudara kami."


Obama memetik kata-kata Alex dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) berkaitan krisis pelarian minggu ini, sebelum Rumah Putih merakam Alex untuk membacakan surat itu.

"Kita semua perlu menjadi seperti Alex. Bayangkan bagaimana dunia jika kita bersifat seperti itu. Bayangkan penderitaan yang kita dapat kurangkan dan nyawa yang mungkin kita selamatkan," tulis Presiden AS itu.

Di media sosial, ramai pengguna memuji pendekatan Obama, namun kebanyakannya memuji Alex.

"Seorang budak lelaki enam tahun lebih berperikemanusiaan, memiliki perasaan sayang dan memahami berbanding kebanyakan orang dewasa. Kudos kepada ibu bapanya," kata seorang wanita Texas di Facebook.

"Saya mendengar rakaman ini awal hari ini, seperti yang dibaca presiden. Malah dengan janji yang diberikan, menjadikan saya menangis ketika membacanya," kata seorang lain.

"Tiada siapa daripada kalangan budak lelaki ini, anak lelaki kepada sebuah keluarga lain adalah Skittles," katanya merujuk kepada iklan kempen kontroversi Donald Trump yang menyamakan pelarian Syria kepada manisan terkenal itu. Presiden Obama menggesa negara maju melakukan lebih lagi untuk membantu pelarian daripada krisis Syria. Ogos lalu, Rumah Putih berkata, ia menerima 10,000 pelarian Syria ke AS tahun ini. Obama berkata, pihaknya bercadang mengambil tambahan 110,000 pelarian dalam tahun kewangan 2017. -Agensi/BHonline


No comments