Batal Perkahwinan - Baca Luahan Hati Hafiz, Bekas Calon Suami Fara Fauzana
Melalui laman media sosial facebook, seorang lelaki telah menulis pengalamannya berbual selama satu jam dengan bekas calon suami Fafau iaitu Hafiz Badiuzzaman.
Hafiz dikatakan amat terkesan dan tertekan dengan pembatalan perkahwinan tersebut.
Walaupun pelbagai spekulasi yang melanda, Hafiz langusng tidak pernah berkata buruk tentang Fara Fauzana.
Ini perkongsian dari rakan Hafiz.
Jom baca:
SEJAM ‘MAN – TO – MAN TALK’ DENGAN HAFIZ, BEKAS CALON SUAMI FARA FAUZANA
Rasanya peminat hiburan tanah air ramai dah baca kenyataan deejay terkenal Fara Fauzana Mohd Fadzli, 36, yang membuat kejutan apabila memberitahu majlis perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini dibatalkan.
Malah Hafiz juga semalam membuat kenyataan balas menegaskan yang beliau BELUM PERNAH BERKAHWIN seperti mana dakwaan media. Malah beliau juga meminta media bertanya sendiri pada gadis tersebut SEBAB SEBENAR Fara enggan meneruskan majlis yang dirancangkan.
Baik. Seperti yang aku pernah tulis sebelum ini, aku sangat mengenali Hafiz yang aku panggil Boy walaupun taklah serapat mana. Malah apabila aku menerima panggilan kira-kira pukul 1.09 pagi tadi, aku pun terkejut siapakah yang menelefon aku awal-awal pagi begini kerana aku tidak pernah ‘save’ nombor beliau, hanya kami kebetulan dalam satu ‘whatsapp group’. Rupanya Hafiz yang call.
Selama hampir sejam kami berbual hati ke hati, man-to-man talk, tentang apa yang berlaku. Walaupun beza umur kami hampir 10 tahun, tetapi aku tetap hormat pada ‘adikku’ ini kerana latar belakangnya, pekerjaannya dan yang paling penting kerana
hati budinya.
Pendek kata, he’s a nice guy!
Menariknya, selama sejam kami berbual, Hafiz langsung tidak menceritakan ‘keburukan’ Fara, jauh sekali mendendami gadis yang sepatutnya beliau nikahi itu. Yang sering keluar dari mulutnya cuma betapa beliau perlu kuat dan ‘move forward’ atas apa yang berlaku. Ini aku patut puji sekaligus menampakkan kematangannya walaupun baru berusia 30 tahun, enam tahun lebih muda dari Fara.
Bohong kalau aku tidak tanya mengapa Fara membuatkan keputusan drastik sebegitu. Namun dalam bab ini Hafiz masih konsisten dengan apa yang telah beliau jelaskan pada media sebelum ini.
” Bang, bukan saya taknak buka mulut, bukan saya nak lari dari media tetapi memandangkan Fara yang umumkan pembatalan perkahwinan kami, adalah lebih baik ditanyakan sendiri soal tersebut pada yang beliau, ” katanya sayu.
Hafiz mengakui seperti mana Fara, beliau juga tertekan kerana segala persiapan, undangan telah dibuat. Malah beliau sendiri tidak sabar untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasih yang dicintainya itu tetapi beliau redha dengan ketentuan ini dan menerima andai itulah penamat percintaan mereka.
Ditanya apakah yang beliau harapkan ketika ini, Hafiz berkata beliau perlu masa untuk menenangkan fikirannya dan ruang untuk beliau terus bersama keluarga yang menjadi tunjang kepada kekuatannya selama ini.
” Saya bukan selebriti bang, saya tak perlukan publisiti…saya hanyalah insan biasa…jadi bila jadi perkara sebegini, saya berasa sangat ‘terkesan’…saya menghargai media tetapi janganlah buat spekulasi yang tak betul…rasanya kenyataan balas saya semalam kepada media sudah cukup jelas dan panjang lebar…sekarang ini saya perlu ‘move on’ walaupun ia bukan mudah, ” kata Hafiz.
Actually perbualan kami malam tadi bukanlah ‘menarik’ dari konteks media kerana tidak ada yang sensasi atau ‘benda panas’ yang keluar dari mulut Hafiz cuma bagi aku secara peribadi, mengetahui yang Hafiz dapat handle situasi yang runcing ini dengan tenang pun dah lebih dari cukup.
Secara peribadi, aku juga mendoakan agar Fara tenang melalui hari-hari yang mendatang walaupun kisah ini bukanlah satu memori yang indah buat seseorang yang dah hampir benar untuk menempuh gerbang perkahwinan. Pasti ada sebab dan musabab Fara berbuat demikian namun biarlah ia ‘berkubur’ dengan sendirinya seperti mana berkuburnya cita-cita dan harapannya selama ini.
Jangan dihina Hafiz dan pada masa yang sama jangan dinista Fara. Tiada siapa manusia yang normal akal dan fikirannya mahu menghancurkan pelamin yang sedang dibina. Aku percaya Fara dah cukup matang untuk membezakan mana intan, mana permata dan Hafiz dah cukup waras untuk membezakan mana indahnya berlian dan mana rapuhnya kaca.
Aku harap walaupun Hafiz dan Fara bukannya saudara mara kita, tetapi mereka juga seagama dengan kita yang LAYAK untuk mendapatkan doa dari tangan mereka yang membaca artikel ini.
Tidak ada cacatnya Hafiz, tidak ada celanya Fara. Hanya takdir yang menentukan…segalanya telah berakhir di sini.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” -Surah Al-Baqarah (ayat 216)
.
Ikhlas dari ‘abangmu’,
SYAHRIL A. KADIR

No comments
Post a Comment