Video : Wanita Maut DiGilis Tren Akibat Leka Bermain Telefon
MOSCOW: Kelekaan seorang wanita menggunakan telefon ketika sedang berjalan, membawa padah apabila dia maut dilanggar sebuah trem di ibu negara Rusia, baru-baru ini.
Insiden yang dirakamkan oleh kamera keselamatan trem berkenaan menunjukkan wanita terbabit berdiri di tengah-tengah landasan sambil menatap telefonnya tanpa menyedari bahaya yang menantinya.
Meskipun dia cuba mengelak pada saat-saat akhir sebelum dilanggar, namun tindakannya itu sudah terlambat.
Mangsa yang tidak didedahkan namanya, dibawa ke hospital di Moscow tetapi disahkan meninggal dunia tidak lama kemudiaan.
Berita insiden tersebut yang disiarkan dalam portal berita Life.ru mengundang pelbagai reaksi ramai pihak termasuk ada yang menyalakan pemandu trem itu yang merupakan seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an.
Namun ada juga pihak menyalahkan mangsa yang terlalu leka menggunakan telefon selain melanggar lampu isyarat merah untuk pejalan kaki.
Kes itu masih lagi disiasat.
- MstarOnline

No comments
Post a Comment