Terkini

Wanita Tak Mengaku Anak, Biar Je Orang Ramai Belasah Anak Hingga Lunyai

BUKAN sahaja ditangkap, malah dia juga dimalukan oleh ibunya sendiri dan kemudian ‘dikerjakan’ pula oleh orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Wanita Tak Mengaku Anak, Biar Je Orang Ramai Belasah Anak Hingga Lunyai

Itu nasib yang diterima oleh seorang remaja berusia 20-an selepas dibelasah oleh orang ramai dalam kejadian ragut di hadapan sebuah restoran, berhampiran Masjid Aminah, Gombak, Selangor pada Selasa.


Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), suspek yang menunggang motosikal dilihat meragut sesuatu daripada seorang lelaki yang sedang berjalan.

Bagaimanapun suspek berkenaan terjatuh ketika cuba melarikan diri, membuatkan dia pula berjaya dicekup semula oleh mangsanya sendiri.

Lantas, orang ramai yang menyaksikan kejadian terus mengerumuni suspek lalu bertindak memukul dan menerajang remaja itu bertubi-tubi.

Tidak beberapa lama kemudian, tampil beberapa individu dipercayai ahli keluarga suspek meminta orang ramai untuk menghentikan segera dan mereka turut memohon maaf bagi pihak remaja berkenaan.

Bagaimanapun, mangsa meminta ganti rugi sebanyak RM9,000 kepada keluarga itu, lalu membuatkan seorang wanita dipercayai ibu kepada suspek berkata, “Aku tak kenal budak ni, korang buatlah apa yang korang nak buat!”

Mangsa yang ‘lunyai’ dibelasah itu kemudiannya ditahan pihak polis selepas mendapat panggilan daripada orang ramai.



– MYNEWSHUB.CC

No comments