Terkini

Buat Hubungan Sex Atas Bahu Orang, Nak Kata Biadap, Dah Nama Pun Monyet

MELIHAT haiwan melakukan hubungan seks di tempat terbuka bukanlah sesuatu yang aneh.

Buat Hubungan Sex Atas Bahu Orang, Nak Kata Biadap, Dah Nama Pun Monyet


Namun, bayangkan sekiranya haiwan itu beraksi dengan pasangannya di atas kepala anda? Pasti tak terkata bukan? Hehe…

Itulah yang berlaku kepada seorang pelancong dari Amerika Syarikat ketika berkunjung ke tempat perlindungan monyet di Ubud, Bali, Indonesia.

Secara kebetulan, insiden luar biasa itu sempat dirakam oleh rakannya.

Menerusi video yang dirakam, seekor monyet dilihat menaiki badan lelaki itu untuk mengambil pisang yang dipegangnya di tangan kiri.

Haiwan itu kemudiannya menjamah pisang itu di atas bahu lelaki berkenaan sebelum tiba-tiba datang seekor lagi monyet yang memanjat badan lelaki itu.


Apa yang mengejutkan, monyet kedua tiba-tiba merapati punggung monyet pertama lantas, melakukan seks di atas kepala pelancong itu selama beberapa saat.


“Mereka melakukannya di atas kepalamu,” kata rakannya yang merakam video itu sambil ketawa.

Dek kerana terkejut dengan hal itu, pelancong tersebut terus membongkokkan badannya untuk menghalau pasangan monyet tersebut.

Sementara itu, pengunjung-pengunjung lain yang berada di tempat kejadian tidak dapat menahan ketawa melihat adegan spontan itu.

Sumber: Mirror

No comments