Terkini

Contoh Jawapan Kerja Kursus PT3 Geografi 2016 - Pengangkutan

Calon PT3 tahun 2016 dikehendaki melaksanakan jenis tugasan iaitu kajian kes berhubung dengan sistem pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon Dalam menghasilkan kajian kes yang terbaik mestilah menepati kehendak soalan / tugasan yang telah diberikan iaitu penentuan tajuk kajian yang relevan, Senarai Kandungan, Penghargaan Pendahuluan (Pengenalan), Objektif Kajian, Kaedah Kajian, Borang Soal Selidik, Rumusan, Lampiran(Gambar) Berkaitan dan Sumber Rujukan Calon dinasihatkan memastikan ketulenan kajian kes dan tidak memplagiat dengan mengambil atau meniru tugasan (hasil kerja) sepenuhnya daripada mana-mana pihak, dalam erti kata lain penghasilan tugasan kajian yang lengkap adalah usaha calon sendiri.

Contoh Jawapan Kerja Kursus PT3 Geografi 2016 - Pengangkutan



Contoh Jawapan Kerja Kursus PT3 Geografi 2016 - Pengangkutan

CONTOH JAWAPAN KERJA KURSUS PT3 2016 GEOGRAFI » PENGANGKUTAN 

Berikut ialah senarai panduan, contoh dan tips bagi tugasan kajian kes berhubung dengan sistem pengangkutan untuk kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 berdasarkan kehendak tugasan yang diberikan

Sebagai makluman, kajian kes tersebut haruslah merangkumi perkara (subtopik) seperti yang telah ditetapkan.

Kerja Kursus Geografi PT3 2016

3.1. Konsep dan takrifan sistem pengangkutan

3.2. Bina jadual dan graf/carta pai yang sesuai tentang pengangkutan di kawasan kajian. (Jadual dan graf/carta pai tersebut hendaklah relevan dengan tugasan

3.3 dan 3.4 3.3 Kenal pasti dan huraikan masalah pengangkutan yang dihadapi di kawasan kajian

3.4 Cadangkan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan terhadap pengangkutan di kawasan kajian

Tajuk Kajian

Pemilihan tajuk kajian mestilah spesifik berkaitan dengan kandungan tugasan

“Pengangkutan” adalah tajuk umum. Calon perlu variasikan tajuk, contohnya

“Jaringan Sistem Pengangkutan” “Jaringan Sistem Pengangkutan” menunjukkan pelbagai jenis pengangkutan awam yang ada di kawasan kajian dan calon boleh mengklasifikasi jenis-jenis pengangkutan seperti darat, laut dan udara

Konsep dan takrifan sistem pengangkutan

Menerangkan definisi sistem pengangkutan dengan tepat dan logik. Contoh umum seperti berikut Pengangkutan merujuk kepada kenderaan yang membawa seseorang atau sesuatu dari satu destinasi ke satu destinasi yang baharu serta sistem pengangkutan turut menjimatkan masa untuk jarak yang jauh jika dibandingkan dengan berjalan kaki. Sistem pengangkutan yang sering digunakan adalah perkhidmatan sistem pengangkutan awam Sistem perkhidmatan pengangkutan awam termasuk rel, bas dan teksi serta pengangkutan barangan melalui rel dan jalan raya yang ada menjadikan sistem pengangkutan awam darat di negara ini lebih responsif, terancang, mudah diakses, bersepadu dan lestari selain memastikan perkhidmatan yang disediakan mampu dibayar oleh masyarakat umum



Pautan Sumber Asal » mysumber.com

No comments