Terkini

Penjawat Awam DiTahan Kerana Miliki Kenderaan Dan Alatan Tentera

Putrajaya - Polis menahan lelaki berusia 32 tahun serta merampas kenderaan, peralatan serta seragam tentera di kuarters penjawat awam Presint 18, di sini, pada 2.30 petang semalam.


Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya bertindak di atas maklumat dan ke tempat letak kenderaan di kuarters penjawat awam itu serta menemui kenderaan warna hitam dengan celoreng tentera.

Menurutnya, semakan mendapati kenderaan dimiliki seorang lelaki bekerja sebagai pembantu pegawai teknik syarikat komunikasi dan pegawai operasi mengarahkannya hadir ke tempat letak kereta di situ.

"Hasil temu bual dengan lelaki itu, kenderaan yang dimilikinya adalah tender daripada Kementerian Pertahanan serta dibeli daripada syarikat pelupusan besi buruk di Pulau Pinang dengan harga RM20,000 pada Disember tahun lalu.

"Lelaki terbabit membuat kerja pembaikan kira-kira tiga bulan dan selepas dibaiki, ia dibawa ejen untuk pemeriksaan PUSPAKOM serta lulus dan kemudian didaftarkan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)," katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, beliau berkata, polis melakukan pemeriksaan di rumahnya serta merampas pelbagai barangan antaranya baju celoreng tentera, baju hujan celoreng tentera, geran kenderaan serta sijil pemeriksaan tukar milik.

Katanya, suspek direman sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 171 Kanun Keseksaan.

MyMetro

No comments