Terkini

DiTuduh Curi Daging Ibu Tiri, Kanak-kanak DiDera Oleh Bapa Sendiri

OGUN - NIGERIA. Malang bagi kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun apabila, dia diseksa oleh ayahnya sendiri gara-gara dituduh mencuri daging milik ibu tirinya.


Kejadian yang berlaku di Ogun, Nigeria itu telah mengemparkan negara tersebut, bagaimanapun polis berjaya menangkap si ayah Francis Taiwo,40.

Memetik laporan media tempatan melaporkan, Francis mengurung anaknya di ruangan tertutup selama sebulan bagi memastikan anaknya tidak melarikan diri.

"Saya mengakui telah mengikat dan merantai Korede, kerana telah melakukan kesalahan kerana mencuri daging milik ibu tirinya Kehinde Taiwo," kata lelaki itu ketika disoal siasat polis.

Dalam keterangannya Francis mengatakan, dia melakukan perkara itu kerana percaya anaknya dirasuk syaitan dan sebab itulah dia mengurung anaknya di ruangan tertutup di dalam sebuah gereja, bagi memastikan syaitan 'lari' daripada tubuh Korede.

Nasib anak ini terbela, apabila pada Sabtu lalu, pihak polis berjaya menyelamatkannya daripada terus dirantai dan diseksa, ketika ditemui kondisi Korede berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan, dia ditemui dengan keadaan diikat di sebuah tiang, dirantai kaki, leher dan tangannya sehingga dia tidak boleh bergerak.

Selepas berjaya ditemui, Korede dibawa ke hospital dan seterusnya dijaga di Kementerian Sosial, ketika ditanya kenapa dia mencuri daging ibu tirinya, Korede menjawab kerana dia terlalu lapar.

"Saya tidak pernah diberi makan oleh ibu, sebab itu saya terpaksa mencuri makanan," katanya.

SinarHarian

No comments