Terkini

Video : Kanak-kanak Maut Terkena Batu DiBaling Gajah

Tragedi menyayat hati menimpa sebuah keluarga apabila anak perempuan mereka yang berusia tujuh tahun maut selepas terkena batu yang dilemparkan oleh seekor gajah di zoo Rabat, Magribi.

Video : Kanak-kanak Maut Terkena Batu DiBaling Gajah

Ketika kejadian, kanak-kanak itu diletakkan di atas bahu ayahnya untuk bergambar dengan membelakangkan gajah terbabit.

Secara tiba-tiba belalai gajah itu mengangkat batu yang agak besar dan membalingnya hingga terkena kepala kanak-kanak yang tidak didedahkan identitinya. Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Jurucakap zoo tersebut ketika merakamkan takziah kepada keluarga berkenaan memberitahu tiada perlanggaran kawalan keselamatan berlaku melibatkan sesiapapun di tempat kejadian.

“Kemalangan seperti ini jarang berlaku, tidak pernah disaksikan dan luar biasa,’’ katanya.


Dalam pada itu, netizens membidas ambulans kerana mengambil masa yang lama untuk sampai ke tempat kejadian dan mereka juga kecewa kerana zoo sepatutnya mempunyai pasukan perubatan dan ambulans sendiri.

Ia merupakan kemalangan kali pertama melibatkan zoo tersebut sejak ia dibuka pada 2012.

No comments