Terkini

Geografi PT3 2016 - Contoh Cara Buat Borang Soal Selidik Tugasan

Borang kaji atau soal selidik ini perlu dibuat dan disertakan dalam perlaksanaan kajian kes bagi Ujian Pelbagai Instrumen (Geografi) Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Geografi PT3 2016 - Contoh Cara Buat Borang Soal Selidik Tugasan

Kaji selidik itu perlu dilakukan oleh calon bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas daripada responden (individu yang disoal / temu bual) di kawasan kajian kes berhubung dengan tugasan.

Perkara serta saranan yang perlu ada dalam borang soal selidik perlulah relevan dengan tajuk tugasan dan kandungan laporan kajian kes yang dibuat oleh calon Bagi tugasan kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 calon perlu membuat kajian kes tentang Pengangkutan di kawasan tempat tinggal atau sekolah calon

CONTOH DAN CARA BUAT BORANG KAJI SELIDIK TUGASAN GEOGRAFI PT3 TAHUN 2016 Berikut adalah panduan gambaran di antara format Borang Kaji Selidik bagi kerja kursus Geografi PT3 tahun 2016 serta contoh perkara-perkara yang perlu ada dalam Borang Soal Selidik tersebut

BORANG SOAL SELIDIK
TUGASAN PENTAKSIRAN TINGKATAN 3: GEOGRAFI
NAMA SEKOLAH:(nyatakan)
TAJUK / PERKARA:(nyatakan)
KAWASAN KAJIAN:(nyatakan)

Bahagian A: Maklumat Responden

Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan

Nama Penuh:__________________
Alamat:______________________

Bangsa:
O Melayu
O Cina
O India
O Lain-lain. Sila nyatakan__________

Jantina:
O Lelaki
O Perempuan

Umur:
O 21 – 30 tahun
O 31 – 40 tahun
O 41 – 50 tahun 51 tahun ke atas

Pekerjaan:_____________

Pendapatan:
O RM900 kebawah
O RM900 – RM3000 RM3000 keatas

Bahagian B: Soal Selidik / Tinjauan
Perhatian: Sila lengkapkan ruangan dan tandakan (√) pada kotak jika berkenaan

Jenis Kenderaan Yang Anda Miliki:
O Kereta / bilangan()
O Van / bilangan ()
O Lori Persendirian / bilangan ()
O Motosikal / bilangan ()
O Lain-lain. Sila nyatakan berserta bilangan__()

Jenis Pengangkutan Awam Yang Anda Pernah Naiki di (nyatakan tempat kawasan kajian)
O Bas
O Komuter KTM
O Van
O Bas Sekolah
O Teksi
O Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Kepentingan Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)
O Mengangkut barangan
O Meningkatkan mobiliti penduduk
O Mengurangkan kesesakan
O Menjimatkan masa Memgambil penumpang
O Sumber pendapatan
O Peluang pekerjaan
O Menjimatkan kos
O Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Masalah Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)
O Pencemaran udara
O Pencemaran bunyi
O Pencemaran air
O Kos bahan api meningkat
O Tambang mahal
O Kemalangan
O Keselamatan penumpang terancam
O Jangka masa lama
O Penipuan
O Kesesakan lalu lintas
O Kenderaan lama
O Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Cadangan Untuk Mengurangkan Masalah Dan Penambahbaikan Pengangkutan Awam di (nyatakan tempat kawasan kajian)
O Menguatkuasa undang-undang
O Kempen alam sekitar
O Pendidikan alam sekitar
O Dasar pembangunan kerajaan
O Penggunaan petrol tanpa plumbum
O Kursus pemanduan berhemah
O Mengurangkan kos operasi
O Penggunaan bahan api alternatif
O Lain-lain. Sila nyatakan___________________

Bahagian C: Akaun Responden
Perhatian: Sila lengkapkan ruangan

Saya dengan ini mengaku bahawa maklumat yang diberikan dalam borang soal selidik ini adalah benar, betul dan lengkap

Tandatangan:_______
Tarikh:________

Nota: Kerjasama dan maklum balas dari pihak tuan/ puan dalam soal selidik ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Pautan Sumber Asal » mysumber.com

No comments