Pusat Ternak Babi Tapi Ternak Buaya Dikesan Di Sabah
BAU: Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya membongkar kegiatan sebuah ladang babi di Jalan Sungai Pinang di sini yang menternak 16 ekor buaya pelbagai saiz tanpa lesen dalam serbuan, Isnin.
Pegawai Pemerintah Batalion ke-11 PGA Supt Soh Hock Seng berkata dalam serbuan pada 3 petang itu, operasi diketuai ASP Mohd Mazlan Mohd Ariff bersama tiga anggota, turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun.
Menurutnya operasi bersama seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dua pegawai Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) itu merupakan tangkapan pertama PGA Batalion 11 melibatkan buaya tahun ini.
"Hasil maklumat awam, anggota telah melakukan risikan selama seminggu sebelum pasukan Batalion 11 PGA, SPRM dan SFC membuat serbuan ke lokasi dan merampas 16 ekor buaya bersaiz antara 12 dan 20 kaki.
"Hasil siasatan awal mendapati pusat penternakan babi itu tiada lesen untuk memiliki dan membela reptilia berkenaan. Pemilik melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perlindungan Hidupan Liar 1998 Bab 26 Sek 29 (2)," katanya kepada Bernama Selasa.
Hock Seng berkata hasil siasatan awal mendapati buaya air masin dan ganas itu diternak untuk melupuskan bangkai babi yang mati di ladang tersebut yang dianggarkan menternak 3,000 ekor babi.
"Cara melupuskan bangkai babi dengan memberikan kepada buaya dapat menjimatkan masa tanpa perlu ditanam.
"Bagaimanapun tindakan pemilik ini membela buaya di kawasan ini amat berisiko kerana ada beberapa kampung berhampiran, juga dikhuatiri jika berlaku banjir buaya-buaya ini boleh terlepas," katanya.
Sementara itu, Mohd Mazlan berkata lokasi berkenaan amat terpencil dan pasukannya melakukan intipan dalam tempoh seminggu.
"Selain menternak babi, pemilik ladang itu membela ikan empurau dipercayai untuk tujuan eksport," katanya menambah, siasatan masih dijalankan sama ada buaya berkenaan turut dieksport.
MstarOnline

No comments
Post a Comment