Tercampak Dari Jambatan Pulau Pinang Remaja Nyaris Maut
GEORGETOWN: Seorang lelaki nyaris maut selepas tercampak ke laut dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang di sini, pagi tadi.
Mohd Ashraff Mohd Fauzi, 20-an, yang menunggang motosikal dari arah Butterworth menuju ke pulau di sini, dipercayai dilanggar lori sebelum tercampak ke dalam laut kira-kira jam 8.45 pagi.
Difahamkan, lori berkenaan masih gagal dikesan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Jalan Perak, berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat panggilan kecemasan pada jam 9.03 pagi.
"Dia bernasib baik kerana diselamatkan oleh bot nelayan yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.
"Mangsa yang cedera dibawa ke Jeti Polis Marin Batu Uban untuk diberi rawatan kecemasan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi rawatan lanjut," katanya.
BH Online
Orang Ramai Yang Melihat Mohd Ashraff Yang Tercampak Ke Laut |

No comments
Post a Comment