Datuk Vida Kecewa Cristiano Ronaldo Batalkan Pertemuan
MADRID: Hajat penaja utama Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman untuk bertemu bintang sensasi Real Madrid, Cristiano Ronaldo pada petang Selasa tidak kesampaian.
Ini kerana Ronaldo terpaksa menolak pertemuan tersebut pada saat akhir sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Las Palmas di Stadium Gran Canaria, Sepanyol, awal pagi Selasa.
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata, menurut ejen yang cuba mengatur pertemuan tersebut, Ronaldo tidak memaklumkan sebab membuat keputusan berkenaan.
"Saya pun agak kecewa sebab pertemuan ini tidak kesampaian. Saya hanya merancang tetapi sudah tiada rezeki, nak buat macam mana," katanya kepada mStar Online pada malam Selasa.
Bagaimanapun kekecewaan itu terubat apabila beliau sempat bergambar bersama 'Ronaldo' ketika lawatannya ke Stadium Santiago Bernabeu pada petang Selasa.
"Walaupun hanya dapat bergambar yang disunting dengan Ronaldo, tapi bila lihat ia seolah realiti. Apa pun tidaklah rasa kecewa sangat.
"Tambahan pula dapat meninjau di Stadium Santiago Bernabeu, sedikit sebanyak memberi maklumat yang cukup untuk saya bawa pulang ke Kelantan," katanya.
Namun beliau berkata beberapa kajian yang membabitkan reka bentuk stadium Los Blancos itu perlu dilakukan secara terperinci untuk melihat kesesuaian untuk diaplikasikan pada Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Baru, Kelantan.
"Sepanjang lawatan tadi (petang Selasa waktu tempatan) saya lihat reka bentuknya sangat menakjubkan dengan stadium itu mampu memuatkan 85,000 penyokong.
"Bukan sahaja sekadar stadium, ia turut memuatkan ruang sejarah pasukan sejak diawal penubuhannya. Kerusi, padang dan bumbung stadium cukup unik sehingga menjadi daya tarikan pelancong.
"Cuba bayangkan jika stadium yang berwarna biru ini berada di Kota Baru tapi berwarna merah jambu, sudah pasti ia akan menjadi tanda mercu baharu Kelantan," katanya.
Sebelum ini, Vida melakukan tinjauan ke stadium tersebut selama lebih dua jam bagi menyaksikan sendiri kemudahan yang disediakan bagi mendapatkan idea untuk diaplikasikan di dalam stadium keramat Kelantan.
Sebaik sahaja tamat lawatan ke stadium tersebut, Vida turut berkesempatan menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara antakra Atletico Madrid dan PSV Eindhoven di Stadium Vicente Calderon, Madrid pada malam Selasa.
Perlawanan itu menyaksikan Atletico Madrid menewaskan Eindhoven dengan 8-7 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 sehingga masa tambahan.
MStarOnline
Datuk Vida Kecewa Cristiano Ronaldo Batalkan Pertemuan |

No comments
Post a Comment