Terkini

Dr.Maza Tegur Perbuatan ‘Raja Bomoh’ Sebagai Bodoh Dan Membazir Tembikai

DR MAZA menerusi satu posting di Facebook beliau hari ini, menegur perbuatan lelaki yang menggelar dirinya yang menggelar dirinya ‘Raja Bomoh Sedunia’ kerana melakukan ritual yang boleh memberi tafsiran serong kepada penganut agama Islam.

Dr.Maza Tegur Perbuatan ‘Raja Bomoh’ Sebagai Bodoh Membazir Tembikai
Dr.Maza Tegur Perbuatan ‘Raja Bomoh’ Sebagai Bodoh Dan Membazir Tembikai

“Kepada non-muslim yang melihat video ini, harap anda tidak mengaitkan perbuatan mereka ini dengan Islam. Di samping ayat-ayat al-Quran yang dibaca secara tidak betul sebutannya, tahayul (superstition) yang seperti ini tidak pernah diiktiraf oleh Islam. Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia. Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia,” tulis beliau.

raja bomohTeguran dibuat Dr Maza merujuk kepada perbuatan Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin dalam satu video yang tersebar sejak semalam, menunjukkan aksinya melakukan ritual kononnya bagi mengurangkan cuaca panas yang kini melanda negara menggunakan buah tembikai.

Dalam video tersebut Ibrahim ditemani empat pengikutnya termasuk seorang yang memakai kopiah dan berjubah, membaca surah Yasin yang kedengaran tidak betul diikuti doa supaya suhu panas dapat dikurangkan.

Seterusnya Ibrahim yang memakai ‘uniform’ biasanya iaitu kot lengkap bertali leher mengangkat buah tembikai diikuti pengikutnya sebelum mereka menghempaskan buah tersebut ke tanah diiringi laungan “Allahuakbar”.

Ibrahim sebelum ini pernah menjadi sensasi Internet hingga Malaysia diketawakan negara luar kerana video ritualnya mencari pesawat MH370 menggunakan teropong dan buah kelapa di KLIA tersebar.
-MNH

No comments