Terkini

Kek Diilhamkan Dari Gaun Anzalna Viral Di Media Sosial

KUALA LUMPUR: Niat pembuat kek, Siti Saleha Idris, 35, untuk menghadiahkan kek buatannya kepada pelakon yang baru menjejaki jenjang pelamin, Anzalna Nasir pada Rabu lalu tanpa disangka memberi impak besar kepadanya apabila ia menjadi viral di internet.

Kek Diilhamkan Dari Gaun Anzalna Viral Di Media Sosial

Saleha berkata, dirinya terkejut apabila kek yang dihasilkannya inspirasi daripada gaun perkahwinan Anzalna mendapat pujian ramai, sekali gus membuka pintu rezeki kepadanya apabila menerima puluhan tempahan dalam masa beberapa hari.

"Sebelum ini, ada pelanggan yang meminta saya untuk menghasilkan kek berinspirasikan gaun perkahwinan Anzalna tetapi ia tidak terlalu sempurna seperti kek yang saya berikan kepada pelakon itu.

"Alhamdulillah, Anzalna juga menyukai kek itu malah memberitahu, ingin menyimpannya kerana terlalu sayang. Tidak sangka pula, Anzalna memuat naik gambar kek terbabit di Instagram.

Kek Diilhamkan Dari Gaun Anzalna Viral Di Media Sosial


"Ia terus menjadi viral apabila video kek berkenaan menerima lebih 80,000 tontonan di laman sosial itu. Tanpa disangka, ia turut membuka pintu rezeki besar kepada saya apabila menerima tempahan daripada pelanggan baharu yang tertarik dengan penghasilan kek itu," katanya.

Terdahulu, majlis perkahwinan Anzalna dengan suaminya, Hanif Zaki, pada 27 Februari lalu bukan saja menjadi tumpuan kerana kemeriahan acaranya, tetapi gaun pengantin pelakon itu yang diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa oleh butik Cosry turut mendapat perhatian.

Ia disusuli dengan kek buatan Saleha pula mendapat perhatian ramai sejurus selepas Anzalna memuat naik video dan gambar di Instagram sehingga ia menjadi viral di laman sosial.

Sementara itu, Saleha berkata, kek itu dihasilkan dalam tempoh empat jam. Saleha yang mengendalikan perniagaan secara talian menerusi akaun Instagram, @mymumsbakery berkata, antara cabaran yang paling sukar adalah untuk memastikan sentuhannya itu menyerupai gaya dan wajah asal Anzalna.

"Saya banyak menghabiskan masa mewarnakan gaun kerana ia memerlukan teknik penghasilan yang terperinci. Kebanyakan rambut patung barbie berwarna perang, tetapi untuk kek ini, saya ubah kepada hitam. "Apa yang mengujakan, kek ini kelihatan lebih cantik apabila malam kerana warna pada gaun terbabit akan bersinar," katanya.

BHarian

No comments