Terkini

Aksi Lucah Tiga Gadis Dan Patung Budhha, Ke Mana Pergi Adab Dan Budaya?

TIGA gadis bertudung bertindak di luar batasan apabila melakukan aksi lucah pada patung Buddha. Perbuatan mereka dilihat bukan sahaja menghina agama lain malah mencemarkan maruah sebagai wanita Islam.

Aksi Lucah Tiga Gadis Dan Patung Budhha, Ke Mana Pergi Adab Dan Budaya?
Perlakuan yang boleh mencemar imej islam

Sebelum ini, beberapa gadis lain turut mempersembahkan tarian bogel bersama patung-patung Buddha.

Aksi Lucah Tiga Gadis Dan Patung Budhha, Ke Mana Pergi Adab Dan Budaya?

Dalam gambar yang mula tersebar sejak semalam, dua gadis dirakam meraba bahagian dada manakala seorang lagi membuat isyarat lucah menggunakan jari di bahagian bawah patung.

Gambar tiga gadis bertudung beraksi lucah pada patung Buddha dikecam kerana mencemar imej Islam yang melarang penganutnya menghina agama lain dan memalukan kaum muslimah.

Mereka dipercayai bergambar dengan patung Budhha itu ketika menyertai lawatan di sebuah tokong.

Aksi Lucah Tiga Gadis Dan Patung Budhha, Ke Mana Pergi Adab Dan Budaya?

Apa-apa pun kami ingin tegaskan kepada rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam dan melihat gambar ini, Islam tidak pernah mengajar malah menghalang penganutnya menghina agama lain.

Kelakuan tiga gadis ini bukan sahaja memalukan agama mereka malah turut memalukan golongan wanita yang lain. Walau bagaimanapun, sehingga kini identiti ketiga-tiga gadis ini masih belum diketahui malah ada yang mendakwa mereka bukan warga Malaysia tetapi Indonesia.

Apa pun alasan mereka, tindakan menghina agama pihak lain merupakan satu tindakan yang salah dan biadap. Berfikir dengan wajar sebelum bertindak dengan bodoh.

No comments