Terkini

"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER Dikritik Hebat Netizen

RANCANGAN realiti berbentuk game show Clever Girl Malaysia yang bersiaran di TV3 terus menerus menerima kecaman dan kritikan hebat netizen walaupun sudah memasuki episod kedua.

"Clever Girl Malaysia" Yang Tak Berapa Clever Dikritik Hebat Netizen
Peserta Rancangan Clever Girl Malaysia


Rata-rata menyifatkan 14 gadis jelitawan yang menjadi peserta program ini tidak memiliki IQ yang tinggi seperti digambarkan dek kerana gagal menjawab soalan yang dilihat seakan pop kuiz.

"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER  Dikritik Hebat Netizen

Jika pada episod pertama peserta dari Johor, Wan Zarith Sofea dikritik kerana tidak kenal antara Mahatma Gandhi dan Mother Teresa, episod kedua menyaksikan peserta yang mewakili Selangor, Arina Mohd Fairin dihentam kerana gagal mengenalpasti bilangan warna bendera Malaysia.

“Mahatma ghandi seorang wanita? Bendera Malaysia 5 warna? Oh sangat clever girl,” komen Mardhiah Shakir.

“Duk riuh satu rumah pasal bendera Malaysia ada 5 warna. Hahaha,” kata Zulaikha Zol pula.

“Belajar tinggi-tinggi, Jalur Gemilang pun tak tahu, “ ulas Amirul.

"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER  Dikritik Hebat Netizen

Lebih parah, pihak produksi turut dikecam gara-gara soalan “Berapa banyakkah filem P Ramlee yang ada perkataan Bujang Lapok” selepas pengacara rancangan itu, Alif Satar mengesahkan jawapan adalah tiga.

"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER  Dikritik Hebat Netizen

Walhal jawapan sebenar bagi soalan itu adalah empat iaitu Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan Ali Baba Bujang Lapok.

Paling menyedihkan, ada netizen yang mula menggelar peserta-peserta Clever Girl sebagai ‘Bimbo’ (gelaran untuk wanita yang cantik tapi dungu) di media sosial.

"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER  Dikritik Hebat Netizen


"Clever Girl Malaysia" Yang TAK BERAPA CLEVER  Dikritik Hebat Netizen

Sehubungan itu, ramai yang berasakan program pencarian ‘gadis pintar’ Malaysia seperti ini tidak sepatutnya ditayangkan kerana boleh menjatuhkan maruah peserta itu sendiri. MNH

No comments