Bas Persiaran Terbalik Dirempuh Jentera Bomba
Changlun: Seramai 16 penumpang terselamat walaupun bas persiaran dinaiki mereka terbalik akibat dirempuh sebuah jentera bomba apabila bas berkenaan gagal membuat pusingan U di sebuah perhentian di Kilometer 6.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Changlun menghala Kuala Lumpur petang tadi.
Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, bas persiaran membawa tiga warga Singapura, 11 warga Thailand dan dua rakyat tempatan berusia 30 hingga 40-an ingin membuat pusingan U di kawasan perhentian itu namun gagal menyebabkan pemandu bas mengundur semula bas itu.
Menurut sumber, bagaimanapun sebuah jentera bomba yang tiba tidak sempat mengelak lalu merempuh bas berkenaan menyebabkan ia terbalik.
Berikutan kejadian itu, pemandu bas, pemandu kedua dan seorang penumpang dikejarkan ke Hospital Jitra kerana cedera.
Bas pesiaran itu yang dalam perjalanan dari Hadyai, Thailand ke Singapura, singgah di Changlun.
HMetro
Bas Persiaran Terbalik Dirempuh Jentera Bomba |

No comments
Post a Comment