Mayat Penuntut UMT Ditemukan Terapung Di Pantai Tok Jembal
KUALA NERUS – Seorang penuntut Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dilaporkan hilang ketika mandi-manda di Pantai Tok Jembal petang semalam, ditemukan mati lemas di kawasan pantai itu hari ini.
Mayat Isa Bassri Ishak, 21, ditemukan terapung kira-kira pukul 2.30 petang pada jarak satu kilometer dari lokasi dilaporkan hilang pada 6.30 petang semalam.
Ketua Cawangan Pengurusan Balai dan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata jenazah Allahyarham dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini untuk bedah siasat.
Katanya operasi mencari pelajar itu membabit 74 anggota daripada pelbagai agensi termasuk polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
“Operasi pencarian juga dibantu unit skuba,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang semalam, pelajar jurusan Pengurusan Maritim itu hilang selepas dipukul ombak ketika mandi-manda di pantai itu manakala seorang lagi rakannya, Mohamad Nazri berjaya diselamatkan orang ramai. – BERNAMA

No comments
Post a Comment