Terkini

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan

INDIA - Seorang wanita tidak sedarkan diri selepas dipukul 25 orang lelaki kerana percaya dia bersalah membunuh suaminya.

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan
Usha Devi, 45, diserang di kampungnya di Samastipur, Bihar utara India selepas disyaki membunuh suaminya.

Usha berada di rumahnya bersama anaknya ketika dia diserang sekumpulan lelaki yang masuk ke rumahnya dan mengheretnya keluar.

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan

Dia kemudian dipukul 25 orang lelaki sehingga pengsan.

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan

Hampir 100 orang melihat kejadian itu, namun tiada siapa yang campur tangan untuk membantu wanita itu.

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan

Penduduk kampung mengesyaki wanita itu telah membunuh suaminya Ashok Paswan, 50, selepas dia menghadapi keganasan rumah tangga.

Usha dikejarkan ke hospital Sadar di Samastipur untuk menerima rawatan.

Disyaki Bunuh Suami, Wanita DiBelasah 25 Lelaki Hingga Pengsan

Sementara itu, Timbalan Penguasa polis Bihar, Tanveer Ahmed berkata, pihakya sedang menyiasat kejadian berkenaan.

"Kami tahu pasangan suami isteri tersebut bergaduh sebelum pergaduhan itu bertukar menjadi ganas, wanita itu memukul suaminya dengan kayu sehingga mati. Kami sedang menunggu laporan bedah siasat.

"Wanita itu kini dirawat di hospital dan apabila dia pulih, kami akan meneruskan siasatan dan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap wanita itu dan sekumpulan perusuh berkenaan jika perlu," katanya dipetik Metro.uk.


SinarOnline



No comments