Video : DiBuli Oleh Giant Panda Lelaki "Bertarung" Untuk Lepaskan Diri
BEIJING - Seorang lelaki China yang melawat zoo bernasib baik apabila terselamat selepas dia disambar dan dihentak ke tanah oleh seekor panda gergasi yang sedang berada di kandangnya.
Dia didakwa telah memanjat kandang panda tersebut untuk menarik perhatian dua rakan wanitanya, lapor media.
Lelaki yang tidak dinamakan itu dan berumur kira-kira 20 tahun, tidak mengalami kecederaan tetapi seluar yang dipakainya koyak dalam kejadian yang berlaku di Zoo Nanchang, Nanchang, wilayah Jiangxi, pada Khamis, di mana video kejadian telah dirakam dan disiarkan dalam talian oleh pelancong lain, lapor Jiangxi Television.
Pengurus zoo dalam laporannya berkata lelaki itu bernasib baik kerana Mei Ling, seekor panda gergasi jantan seberat 120kg yang berusia 12 tahun, hanya mahu bermain dengannya. Jika keadaan adalah sebaliknya, dia mungkin telah cedera parah.
Panda gergasi, yang kelihatan comel dan malu-malu, akan menjadi bahaya terhadap manusia jika dalam keadaan gelisah dan boleh menyebabkan kecederaan parah dengan rahang dan kuku yang tajam, menurut pengurus.
Dalam kejadian itu, lelaki terbabit telah melompat ke atas pagar dengan ketinggian 1.3 meter, kemudian melompat merentasi parit sedalam tiga meter untuk pergi ke taman permainan panda gergasi untuk menarik perhatian rakannya.
Mei Ling, yang merupakan satu-satunya panda gergasi yang berada di kandang pada masa itu dan sedang tidur dan tidak perasan kawasannya telah diceroboh pada awalnya.
Lelaki itu berdiri dan melihat haiwan itu tidur tetapi kemudian melangkah lebih dekat untuk menyentuh kepala haiwan itu.
Tanpa amaran, Mei Ling segera melompat dan menyambar kaki lelaki itu serta menghentaknya ke tanah.
Mei Ling dilihat terlalu kuat untuk lelaki itu, yang dilihat sangat takut untuk membebaskan dirinya.
Selepas kira-kira satu minit panda itu melepaskan cengkamannya dan lelaki itu berjaya melarikan diri.
Walau bagaimanapun, seluarnya koyak teruk.
Pengurus berkata, penjaga zoo di taman itu juga tidak berani untuk masuk ke kandang panda.
Pelancong telah meninggalkan taman itu tanpa memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
MstarOnline
Dia didakwa telah memanjat kandang panda tersebut untuk menarik perhatian dua rakan wanitanya, lapor media.
Lelaki yang tidak dinamakan itu dan berumur kira-kira 20 tahun, tidak mengalami kecederaan tetapi seluar yang dipakainya koyak dalam kejadian yang berlaku di Zoo Nanchang, Nanchang, wilayah Jiangxi, pada Khamis, di mana video kejadian telah dirakam dan disiarkan dalam talian oleh pelancong lain, lapor Jiangxi Television.
Panda gergasi, yang kelihatan comel dan malu-malu, akan menjadi bahaya terhadap manusia jika dalam keadaan gelisah dan boleh menyebabkan kecederaan parah dengan rahang dan kuku yang tajam, menurut pengurus.
Dalam kejadian itu, lelaki terbabit telah melompat ke atas pagar dengan ketinggian 1.3 meter, kemudian melompat merentasi parit sedalam tiga meter untuk pergi ke taman permainan panda gergasi untuk menarik perhatian rakannya.
Mei Ling, yang merupakan satu-satunya panda gergasi yang berada di kandang pada masa itu dan sedang tidur dan tidak perasan kawasannya telah diceroboh pada awalnya.
Lelaki itu berdiri dan melihat haiwan itu tidur tetapi kemudian melangkah lebih dekat untuk menyentuh kepala haiwan itu.
Tanpa amaran, Mei Ling segera melompat dan menyambar kaki lelaki itu serta menghentaknya ke tanah.
Mei Ling dilihat terlalu kuat untuk lelaki itu, yang dilihat sangat takut untuk membebaskan dirinya.
Selepas kira-kira satu minit panda itu melepaskan cengkamannya dan lelaki itu berjaya melarikan diri.
Walau bagaimanapun, seluarnya koyak teruk.
Pengurus berkata, penjaga zoo di taman itu juga tidak berani untuk masuk ke kandang panda.
Pelancong telah meninggalkan taman itu tanpa memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
MstarOnline
No comments
Post a Comment