Terkini

Zulin Aziz Kongsi Rahsia Kurangkan Berat Badan 10kg Dalam Tempoh Sebulan Setengah

PENAMPILAN selebriti Zulin Aziz dalam konsert Gegar Vaganza baru-baru ini ternyata menarik perhatian dek kerana bentuk badannya yang kurus berbeza dari sebelum ini.

Zulin Aziz Kongsi Rahsia Kurangkan Berat Badan 10kg Dalam Tempoh Sebulan Setengah

Menerusi laman mikro Twitter, Zulin Aziz atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz berkongsi rahsianya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg dalam tempoh sebulan setengah tanpa pengambilan sebarang ubat kurus.

"Sebulan setengah je, kejap je tahan, Tolong jangan ambil ubat kurus. Tak apa susah-suah dulu. Zulin nak turun lagi 10kg," tulisnya

Menurutnya, dia tidak makan nasi kecuali hanya seminggu sekali sahaja, tidak mengambil minuman bergula, mengamalkan minuman detox, senaman di gim serta melakukan Muaythai.

"Pagi makan epal atau kismis, tengahari salmon atau apa-apa jenis protein macam ayam ke apa ke, malam salad atau sup ayam. Tinggalkan ais dan gula," kongsinya.

Sebelum ini, Zulin berkata dia mengamalkan kehidupan sihat selepas terkilan kerana sukar menggayakan baju yang disukai atau pakaian yang ditaja.

"Lebih mengecewakan, saya sudah rasa seperti tiada baju yang boleh dipakai. Apabila ada pihak yang ingin menaja pakaian, ia tidak muat. Jadi saya perlu mengambil inisiatif sendiri iaitu dengan menguruskan badan," katanya.

Zulin pernah susut 60kg kerana mengambil ubat kurus namun berat badannya itu bertambah semula sehingga mencecah 75kg.

SinarOnline



No comments