Buat Apa Saja Asalkan Halal
Putrajaya: Daripada membuang sampah, mengambil kanak-kanak dari sekolah hingga membeli gajet terkini. Itulah perkhidmatan diberikan seorang mekanik yang kini bergelar ‘runner’, penghantar cepat (despatch), penyedia pengangkutan (transporter) dan pembeli peribadi.
Mohd Zulhairi Zainol, 31, bersedia berkhidmat kepada penduduk sekitar Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini, Cyberjaya dan sekitar Bangi, Selangor untuk apa saja urusan.
Bermula dengan membeli barang untuk rakan dengan menerima upah seikhlas hati, Mohd Zulhairi kini terkenal dalam kalangan penduduk di sini yang memerlukan bantuan membeli barang keperluan, menghantar barang, menghantar pakaian ke dobi, membeli makanan, membuang sampah, mengambil anak dari sekolah, membayar bil dan membeli ubat.
Sebut saja perkhidmatan yang diperlukan, bapa kepada seorang anak ini bersedia memberikan perkhidmatan dengan bayaran yang setimpal dan berpatutan.
Menurut Mohd Zulhairi, dia mula menceburi diri dalam bidang berkenaan sejak setahun lalu selepas mencabar diri untuk terbabit dalam bidang selain membaiki kenderaan yang diceburi sejak lebih sembilan tahun lalu.
“Idea menjadi penghantar cepat ini timbul selepas bapa saudara yang tinggal di Kanada memaklumkan perkhidmatan ini sudah 10 tahun bertapak di negara itu membuatkan saya nekad memperlahankan aktiviti di bengkel dan menumpukan perhatian dalam bidang ini.
“Saya seronok dan puas membantu orang ramai terutama suri rumah yang tidak mempunyai kenderaan untuk ke kedai atau menghantar makanan untuk ibu yang berpantang,” katanya.
Mohd Zulhairi berkata, bengkelnya kini dikendalikan rakan kongsi dan ia memberi peluang untuknya menumpukan sepenuh perhatian sebagai penghantar cepat, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan yang semakin bertambah.
Katanya, dia menerima apa saja kerja daripada membuang sampah ke rumah sampah, membelikan makanan dan telefon bimbit, mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan menghantar barang kemas ke pajak gadai.
Katanya, pekerjaan itu memberi pendapatan sehingga RM4,000 sebulan dengan syarat rajin, sabar dan tidak memilih tugasan.
Buat Apa Saja Asalkan Halal |

No comments
Post a Comment