Guru Mati Mengejut Punca Sara Sarmiento Teruskan Pengajian Seks
Madrid: Pemain bola tampar profesional Sepanyol Sara Sarmiento bercuti sementara daripada kerjaya sukannya untuk menghabiskan ijazah sarjananya dalam bidang seks.
Sara, 27, berjaya memujuk rakan sepasukannya untuk membenarkannya bercuti supaya dapat memuaskan kehendaknya menghabiskan pelajarannya di Madrid.
Kelas seksologi dihadiri beberapa tahun lalu mencetus minatnya untuk mempelajari minat dan perlakuan seks manusia.
“Guru yang mengajarnya dulu menjadikan kelas kami menarik. Malangnya, dia mati secara mengejut tanpa sempat menghabiskan pengajarannya.
“Ini membuatkan saya lebih bersemangat memperluaskan pembelajaran dalam bidang itu dan kini mahu mengambil ijazah sarjana,” katanya.
Sara mengakui rakan sepasukannya terkejut dia memilih melanjutkan pelajaran dalam bidang seksologi.
“Memanglah ramai terkejut, namun saya meminati bidang itu dan lebih menyeronokkan apabila masih dapat meneruskannya seiring dengan kerjaya bola tampar ini,” katanya.
Dia yang juga model separuh masa dan bermain bola tampar sejak berusia 11 tahun bagaimanapun sukar mencari masa sesuai kerana terlalu sibuk. - Agensi
- h,metro

No comments
Post a Comment