Pelakon Cilik Mia Sara gembira dapat menunaikan umrah bersama keluarga
PELAKON cilik comel, Mia Sara Nasuha bersyukur apabila permohonan visa untuk menunaikan umrah bersama bapanya, Muhammad Ridhuan diluluskan, sekali gus dapat menjejakkan kaki di bumi Makkah buat pertama kali.
Portal berita AgendaDaily melaporkan, Mia Sara, 10 tahun; sebagai berkata, hasratnya untuk mendirikan umrah pada musim cuti panjang sekolah akhir tahun kali ini, menjadi detik yang sangat bermakna kepada dirinya.
Pada masa sama, lakonan terbaharunya menerusi telefilem Strawberi & Karipap: Hello Gold Coast, kebetulan disiarkan Astro First Eksklusif, saluran 480, hujung November, bakal mengubat rindu peminat kepada aktres ini.
“Perancangan cuti sekolah ini, Mia Sara dan keluarga akan ke Tanah Suci menunaikan umrah. Insya Allah, doakan terbaik untuk Mia dan harap semuanya selamat pergi dan balik. Tolong sama-sama berdoakan Mia ya,” katanya.
Dalam pada itu, pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Malaysia 24 dan penerima anugerah Best Kid Actress Awards di stesen TV3 ini berkata, dia turut memanjatkan kesyukuran yang teramat sangat.
Ini kerana muzik video dari single lagu pertama nyanyiannya, berjudul Kicik-Kicik yang berkolaborasi dengan penyanyi Cat Farish dan TSWG (Tiga Swagger) meraih tontonan lebih 150,000 kali menerusi laman YouTube.
Tambah Mia Sara lagi, kejayaannya merakamkan lagu Kicik-Kicik yang telah dilancarkan secara rasmi pada 30 September lalu, memang menjadi minatnya sebagai penyanyi selain masih terus lagi aktif berlakon.

No comments
Post a Comment