Terkini

Nyaris Maut,,,,apabila kereta bertembung dengan sebuah kenderaan polis

JASIN - Seorang wanita nyaris maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan polis selepas lampu isyarat di persimpangan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Merlimau, di sini, dipercayai mengalami kerosakan, pagi kelmarin.

Keadaan kereta milik wanita yang nyaris maut akibat bertembung dengan kenderaan polis



Dalam kejadian lebih kurang jam 7.30 pagi itu, mangsa berusia 58 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerja dari arah Muar menghala ke Bandaraya Melaka hanya mengalami cedera ringan.

Sumber polis memberitahu, sebaik tiba di lokasi kejadian kereta Honda Jazz milik mangsa bertembung dengan kenderaan polis yang kebetulan melalui kawasan tersebut dari arah Merlimau ke Jasin.

Katanya, akibat pelanggaran itu Honda Jazz berkenaan terbalik dan terseret lebih kurang 10 meter ke laluan bertentangan dan terlanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki.

“Kejadian dipercayai berlaku disebabkan lampu isyarat rosak sehingga lampu bertukar menjadi hijau dari kedua-dua arah.

“Mangsa yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.. kesemua mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius,” katanya.

No comments