Pemandu Maut kereta dihempap lori tangki
KUANTAN - Seorang anggota sukarelawan polis maut selepas kereta dipandunya dihempap sebuah lori tangki yang terbalik dalam kemalangan di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran bulatan Aspa Cottage di sini awal pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.15 pagi itu, mangsa Muhammad Rizal Ramly, 37 dari Felda Neram1, Kemaman yang tersepit dalam kereta maut di tempat kejadian.
Manakala pemandu lori, Mohd Shah Abu Bakar, 51 dan kelindannya, Fazlan Abd Kadir, 41 mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk menerima rawatan.
Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Deputi Superintendan Ahmad Nazri Zainal berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari arah Kuantan menghala ke bulatan Aspa Cottage selepas selesai bertugas di Balai Polis Beserah.
Menurutnya, lori yang dipandu Mohd Shah bersama kelindannya itu juga dalam perjalanan dari arah yang sama.
“Siasatan mendapati, ketika tiba di lokasi kejadian, lori tangki jenis Scania itu hilang kawalan lalu terbalik dan menghempap kereta mangsa yang berada di lorong kiri.
“Akibat kejadian, mangsa yang parah tersepit dalam kereta jenis Proton Iswara dipandunya dan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ahmad Nazri berkata, usaha mengeluarkan mayat mangsa dibantu anggota bomba yang tiba di lokasi selepas dihubungi.
“Mayat mangsa turut dihantar ke HTAA untuk proses bedah siasat manakala pemandu lori dan kelindan masih menerima rawatan,”katanya.
Menurutnya, punca sebenar kemalangan yang meragut nyawa anggota sukarelawan pilis itu masih dalam siasatan.
“Siasatan di lokasi kejadian mendapati, kemalangan berlaku di laluan lurus manakala permukaan jalan basah dan licin serta hujan.
“Sampel darah mangsa dan pemandu lori akan diambil untuk ujian toxicology di Jabatan Kimia bagi membantu siasatan manakala kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta pengangkutan jalan 1987,”katanya.
>sumber,sinarharian

No comments
Post a Comment