Terkini

Imbasan X-Ray Lelaki "Berani Mati" Ini Amat Mengejutkan

Kuala Lumpur: Tindakan dianggap ‘berani mati’ apabila seorang lelaki dikesan cuba menyeludup keluar pelbagai senjata api dan pistol renjatan elektrik yang disumbat di dalam satu beg bagasi.

Imbasan X-Ray Lelaki "Berani Mati" Ini Amat Mengejutkan

Tindakan cuba menyeludup senjata api melepasi kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gagal apabila bagasi itu dirampas oleh pihak berkuasa Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 3 petang itu, dua bagasi berwarna hitam dikatakan didaftar masuk untuk penerbangan dari ibu negara menuju Kota Kinabalu, Sabah.

Bagaimanapun, pihak keselamatan KLIA terkejut apabila beg itu didapati mengandungi pelbagai senjata ketika melalui mesin pengimbas x-ray barang penumpang.

Sebaik bagasi itu dibuka, pihak keselamatan KLIA menemui dua senapang angin, sembilan pistol angin pelbagai model beserta kelopak, dua pistol renjatan elektrik dan lain-lain komponen senapang.

Hmetro

No comments