Terkini

Ish..Ish,. Awal Ashaari Tak Bagi Peminat Cium Pipi Lara, Kenapa?

Anak kepada pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu Lara Alana sering menjadi tumpuan orang ramai kerana kecomelannya. Malah, ramai orang termasuklah rakan artis Awal dan Scha sering mencium pipi Lara.

Ish..Ish,. Awal Ashari Tak Bagi Peminat Cium Pipi Lara, Kenapa?

Namun, gara-gara itu Lara terkena alahan di pipinya. Melalui akaun Instagramnya, gambar Lara yang kelihatan mengalami ruam merah di pipinya telah dimuat naik.

Mengikut kapsyen gambar tersebut, ibu bapa Lara telah menjelaskan bahawa perkara tersebut terjadi kerana terlalu ramai orang yang mencium anaknya selain menafikan bahawa mereka sombong apabila hanya membenarkan orang lain berselfie dengan Lara.

Ish..Ish,. Awal Ashari Tak Bagi Peminat Cium Pipi Lara, Kenapa?

Bagaimanapun, tindakan tersebut seperti biasa menimbulkan perbalahan di kalangan peminat dan juga pengkritik yang mengikuti laman Instagram Lara Alana.

Apa pun, sebagai ibu bapa pastinya Awal dan Scha mengharapkan peminat menghormati permintaan mereka.

No comments