Terkini

Video : Lelaki Bogel Terjun Kandang Singa Dan Rela Diri Dilapah

Santiago: Seorang lelaki yang memanjat masuk ke dalam kandang singa di sebuah zoo di sini, dipercayai mahu membunuh diri, semalam, kini berada dalam keadaan kritikal selepas diserang haiwan itu serta terkena tembakan ubat pelali oleh petugas zoo yang berusaha menyelamatkannya.

Video : Lelaki Bogel Terjun Kandang Singa Dan Rela Diri Dilapah

Pengunjung Zoo Metropolitan di sini, melihat dengan ngeri apabila lelaki berkenaan, Franco Luis Ferrada, 20, masuk ke dalam kandang mengandungi beberapa singa melalui bahagian atas, membuka pakaiannya dan mengacah haiwan terbabit supaya menyerangnya.

Petugas zoo yang menyedari kejadian itu melepaskan tembakan ubat pelali namun terkena leher lelaki itu dan melihat singa berkenaan mahu menerkamnya, mereka melepaskan tembakan peluru hidup, membunuh dua singa terbabit.


Ferrada cedera di punggung dan kepala akibat serangan singa serta akibat terlebih dos ubat pelali.

Polis menemui nota bersama lelaki itu dipercayai nota membunuh diri.


Hmetro

No comments