Terkini

Loji Tenaga Solar Terbesar Dunia Terbakar

CALIFORNIA - AMERIKA SYARIKAT. Satu kebakaran kecil dilaporkan semalam di Loji Sistem Elektrik Menjana Solar Ivanpah (ISESGS) di California memaksa penutupan sementara kemudahan itu.

Loji Tenaga Solar Terbesar Dunia Terbakar

Kilang itu kini beroperasi dengan satu pertiga kapasiti namun tidak dipastikan bila menara yang terjejas kebakaran itu akan memulakan operasi semula.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada kebakaran itu memberi kesan kepada bekalan elektrik di California.

Bomba menghadapi kesukaran memadam kebakaran kerana terpaksa memanjat lebih 300 kaki ke atas menara untuk sampai ke lokasi kebakaran.

Pekerja loji berjaya mengawal kebakaran sebelum anggota bomba tiba ke lokasi kejadian dan kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian.

Loji terbesar di dunia mempunyai kapasiti 392 megawatt yang mampu menampung 140,000 rumah terletak 4,000 ekar di tanam awam di Gurun Mojave dilengkapi 173,500 panel solar dengan dua cermin yang memfokuskan cahaya matahari pada dandang yang terletak di atas tiga menara setinggi 459 kaki.

Haba mewujudkan kuasa solar yang mengerakkan turbin untuk menghasilkan elektrik.

Sementara itu, jurucakap ISESGS berkata, masih terlalu awal untuk mengulas punca kejadian tetapi kedudukan cermin yang tidak sejajar berkemungkinan punca kebakaran itu.

Ketua bomba San Bernardino memberitahu AP, beberapa cermin yang menghantar cahaya matahari ke tahap berbeza di unit ketiga menyebabkan kabel elektrik terbakar.


SinarOnline

No comments