Terkini

Lelaki Cabul Wanita Yang Dipancitkan Tayar Keretanya

Bukit Mertajam: Seorang wanita dan pelajar perempuan ditumbuk seorang lelaki sebelum dicabul kehormatan dalam dua kejadian berasingan di Taman Mutiara, Lebuh Keranji dan di Jalan Permatang Pauh dekat sini.

Lelaki Cabul Wanita Yang Dipancitkan Tayar Keretanya

Dalam kejadian di Taman Mutiara pada jam 6 pagi kelmarin, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang berjalan melalui lot kedai ditarik seorang lelaki sebelum cuba membuka seluar dipakai mangsa.

Difahamkan, lelaki itu menarik kaki mangsa sehingga terjatuh dan cuba menanggalkan seluar dipakainya sebelum mangsa menjerit meminta tolong.

Sumber berkata, pelajar berkenaan menjerit meminta tolong apabila lelaki berkenaan meraba badannya dan dimarahi suspek.

“Suspek kemudian menumbuk muka pelajar perempuan itu bagi mengelak beliau membuat bising.

“Tangisan mangsa didengari Ibunya yang tinggal berhampiran kawasan berkenaan sebelum suspek melarikan diri” katanya.

Sementara itu, di Butterworth, seorang wanita berusia 30-an dikenali Lim dicabul kehormatan ketika berhenti memeriksa tayar keretanya yang didakwa pancit oleh seorang lelaki.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa sedang memandu dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya yang mati dan sebaik tiba di Jalan Permatang Pauh, seorang lelaki yang menunggang motosikal memberi isyarat bahawa tayar hadapan keretanya bocor.

“Saya memeriksa tayar berkenaan sebelum dia memegang tangan saya bagi menunjukkan tempat tayar berkenaan bocor, namun tiada kerosakan ditemui.

“Berikutan pelik dan selepas menyedari tiada kerosakan berlaku saya masuk ke dalam kereta sebelum lelaki berkenaan memegang paha saya secara tiba-tiba sebelum saya kemudian menolak tangannya sebelum dia melepaskan tumbukan ke muka saya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Mohd Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima dua laporan berkenaan.


Hmetro

No comments