Terkini

Kanak-kanak 3 Tahun Hampir Maut Dikelar Bapa Sendiri

KUBANG PASU - Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun cedera dipercayai selepas dikelar bapa kandungnya di Kampung Tengah Kodiang semalam.

Kanak-kanak 3 Tahun Hampir Maut Dikelar Bapa Sendiri

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, suspek yang berusia 29 tahun dikatakan turut cedera pada dada kiri, dipercayai setelah cuba membunuh diri dengan menikam dirinya.

Menurut Ketua Polis Daerah, Pemangku ACP Abd. Rahim Abdullah, suspek dan mangsa kini dirawat di Hospital Kangar serta berada dalam keadaan stabil.

“Ketika kejadian berkenaan, isteri suspek dan mangsa dikatakan baru pulang ke rumah sebelum suspek bertindak mengambil anak mereka itu lalu mengunci pintu rumah.

Kanak-kanak 3 Tahun Hampir Maut Dikelar Bapa Sendiri

“Nenek mangsa kemudian mendengar jeritan mangsa dan melihat kedua-duanya dalam keadaan berdarah lalu rebah.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek dikatakan mempunyai masalah kemurungan sejak kebelakangan ini. Suspek juga mempunyai rekod sakit mental,” katanya di sini hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307/309 Kanun Keseksaan. - utusan online

No comments