Terkini

Video : Pemandu Malaysia Dimaki Penguatkuasa Singapura

“SAYA nak awak minta maaf dulu, baru saya bagi jalan.”

Video : Pemandu Malaysia Dimaki Penguatkuasa Singapura

Itu antara perkataan yang dilaungkan seorang pegawai imigresen Singapura terhadap seorang rakyat Malaysia yang dikatakan bersikap kurang ajar dengan mencampak pasportnya kepada pegawai tersebut.

Pegawai itu berulang kali menjerit mengarahkan si pemandu untuk meminta maaf sebelum dia membenarkan kenderaan itu memasuki kota Singa.

Kebanyakan netizen di Singapura menyifatkan tindakan penguasa itu tidak salah kerana pastinya pemandu itu telah memprovoknya terlebih dahulu sehingga naik angin seperti yang dapat disaksikan menerusi rakaman video berdurasi lebih satu minit itu.


Walau bagaimanapun, ada juga yang kurang bersetuju dengan sikap tidak profesional pegawai tersebut yang mengikut emosi dalam menjalankan tugasnya.

Sebaliknya, dia perlu mencerminkan imej profesional walaupun mungkin dicabar oleh pemandu terbabit. – MNH

No comments