Terkini

Gara-gara Pernah Viral Kerana Jersey PLASTIK MESSI, Kanak-kanak Ini Diancam

Kabul: Kanak-kanak yang popular di Internet selepas menjadi viral setelah memakai beg plastik ala jersi bintang bola sepak Lionel Messi dilaporkan terpaksa meninggalkan negara kelahirannya, Afghanistan.

Gara-gara  Pernah Viral Kerana Jersey PLASTIK MESSI, Kanak-kanak Ini Diancam

Mohammad Arif Ahmad, bapa Murtaza Ahmadi, lima, mendakwa populariti anaknya di Internet menjadikan keluarganya sasaran ancaman melalui telefon seterusnya mencetuskan kebimbangan kanak-kanak itu diculik.

Mohammad Arif berkata, disebabkan itu mereka sekeluarga berpindah ke Quetta, Pakistan dengan harapan dapat memulakan kehidupan baru.

Gara-gara  Pernah Viral Kerana Jersey PLASTIK MESSI, Kanak-kanak Ini Diancam

“Kehidupan kami semakin sukar di Afghanistan. Sebenarnya kami tidak mahu meninggalkan tempat asal, tetapi ancaman menjadi semakin serius menyebabkan kami ketakutan.

“Saya bimbang Murtaza diculik,” katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga pada mulanya berpindah ke Islamabad, tetapi berpindah sekali lagi ke Quetta kerana tidak tahan dengan kos kehidupan yang tinggi.

Gara-gara  Pernah Viral Kerana Jersey PLASTIK MESSI, Kanak-kanak Ini Diancam

“Saya menjual semua harta dan membawa keluarga dari Afghanistan bukan saja untuk menyelamatkan nyawa anak, tetapi kami semua,” katanya.

Awal tahun ini, persatuan bola sepak Afghanistan berjanji mengatur pertemuan antara Messi - yang juga duta UNICEF - sama ada dengan membawa atlet itu menemui Murtaza atau mencari cara untuk menemukan mereka sama ada di Sepanyol atau negara lain.

Malangnya, semua rancangan itu tidak berhasil.

“Namun, Murtaza masih berharap dapat menemui wiranya, Messi,” kata Mohammad Arif.


Hmetro

No comments