Dirempuh "Bot Hantu" Dua Nelayan Bertarung 30 minit Selamatkan Nyawa
Alor Setar: Dua nelayan terpaksa bertarung nyawa hampir 30 minit dengan berpaut pada tong minyak selepas bot dinaiki dipercayai dirempuh sebuah bot lain satu batu nautika dari pelantar ikan Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.20 pagi, bot jenis fiber dinaiki tiga nelayan berkenaan dikatakan baru saja keluar dari kawasan pelantar menuju ke tengah laut untuk menangkap ikan di perairan Kuala Kedah.
Bagaimanapun, bot mereka dikatakan dilanggar sebuah bot lain yang tidak dipasang lampu menyebabkan dua daripada mereka tercampak ke dalam laut sebelum terpaksa meminta tolong selepas tenggelam timbul.
Ketua bot, Norazlan Mohd Hassan, 36, berkata, sebaik melihat dua rakannya, Mohd Zakri Ahmad, 26, dan Bashah Baharuddin, 25, terjatuh, dia terus membaling tong berisi minyak untuk membolehkan mereka berpaut sementara menunggu diselamatkan.
Katanya, dalam keadaan gelap, dia tidak nampak kelibat kedua-dua rakannya, namun hanya menjerit memanggil nama mereka bagi menarik perhatian agar tidak mengalah.
Hmetro
BASHAH (duduk), Mohd Zakri dan Nor Azlan (memegang tong minyak) menunjukkan bot yang rosak selepas dilanggar pihak tidak beranggung jawab. |
Dalam kejadian jam 5.20 pagi, bot jenis fiber dinaiki tiga nelayan berkenaan dikatakan baru saja keluar dari kawasan pelantar menuju ke tengah laut untuk menangkap ikan di perairan Kuala Kedah.
Bagaimanapun, bot mereka dikatakan dilanggar sebuah bot lain yang tidak dipasang lampu menyebabkan dua daripada mereka tercampak ke dalam laut sebelum terpaksa meminta tolong selepas tenggelam timbul.
Ketua bot, Norazlan Mohd Hassan, 36, berkata, sebaik melihat dua rakannya, Mohd Zakri Ahmad, 26, dan Bashah Baharuddin, 25, terjatuh, dia terus membaling tong berisi minyak untuk membolehkan mereka berpaut sementara menunggu diselamatkan.
Katanya, dalam keadaan gelap, dia tidak nampak kelibat kedua-dua rakannya, namun hanya menjerit memanggil nama mereka bagi menarik perhatian agar tidak mengalah.
Hmetro
No comments
Post a Comment